30.8.10

saat mengantok tersengguk rindu dan flash back

sedang aku tersengguk-sengguk menaip entri mengantok
aku teringat zezaman men mercun kat kampung dulu
ader je yang cedera--tapi sumer hebat
bapak2 kitorang lagi la hebat
zezaman mereka stok sumer mercun legal
yang aku pelik..zaman dornag nyer mercun takder lak citer orang mati muker pecah, tangan rabak dan seangkatan dengannye
mungkin zaman hati kering mereka melampaui batas

dan sedang aku tesengguk menahan mengantok
aku terimbas zaman aku rambut pendek dan biler sahabat baik aku takder
zaman shuffle, men skate, gelaran eisz nigger melekat gara2 dek skeleton berjalan itu
mempunyai kenalan serata kampus
dan minat terhadap senior..dan skunk biler jumper senior tuh balik..sumpet tak hensem da
hahahhahahahhahah

sedang mata aku kelip slow tanda2 nak tido
time tu lah aku teringat mak kau yang ngah membebel ke hape
bile nak balik, bile nak buat itu ini
hahhahahah..gelak je lah ngan anak mu yang degil ne mama oi
kene sepak cane pon tak sedar diri ne

time ini juga la aku teringat adik2 aku yang gile dan menggiler nak peksa
adik aku yang menari ke arah kecemerlangan--skema tak
adik aku yang terpaksa g aussie untuk mencapai citer2 (6 bulan je kan..hahaha)
adik aku yang gile anime sampai bakat melukis luar biasa penuh kat buku sekolah
skunk da ader fb..hmm..harapan

aku da sedikit nak terjaga
otak da mule leh function ngan berkesan

hmm..kene g scan jap..takut ader sindrom tido taknak bangun2
huuuuuuuuuuuuu



25.8.10

ko ni biol!

aku mulakan dengan kalimah bismillah dan doa2 entri ne bukan karangan maki hamun
aku just nak share tips2 untuk mengelak dpd control freak atau dalam bahasa ibunda org yang saiko, shot, biol (aku lebih2 jer ne)..ok fokus..orang yang suka mengongkong sebenarnya.

secara natural mereka ini ada 2 spesis

perlukan kawalan atau suka mengawal

mangkuk sekor yang telah saye kutuk dalam entri yang lepas adalah spesis no 2

untuk lebih memahami, mereka ini suka kalau org buat apa yang dia suka, jagakan kepentingan, imej dan yg penting..suka mengarah
kalau itu tidak dipenuhi...maka, mereka akan stress..tak kisahla mende tuh kecik ke besar
spesis ne tak boleh terima perkataan tidak, bila stress, dorang takleh nak pikir panjang, seboleh-boleh akan suruh orang buat jugak ape yang die nak. stok pendendam kesumat yang dorang ader ne boleh membunuh sekiranya makin dilayan saiko dorang ne

kalau nak mengelak dpd bergaduh atau bertumbuk atau dalam kes aku, nak suruh dier terjun depan train,
ko kene sabar.sabar dan lagi sabar. (aku cpt panas)
ko harus membalas dengan kebaikan (mcm boleh pegi mampos)
ko harus ikut ckp dia, toleransi. yang penting dier puas hati. tak kesah la ko buat keje dia cemaner

oh..aku lupa..orang yg cenggini kuat jeles. takleh tengok orang lebih sikit

so bila sumer orang bekap aku yang baik hati ne, dier seboleh-boleh nak aku kuar dpd opis.
aku nak buat dpd umah. bos aku tak kasi (demmm)

hahhhahaaa..aku gelak jer la dengan segala kutukan yang dier kasi
bukan leh masuk dlm hati, dlm paler jer..(tu pon tahan baper saat)

masuk dalam hati, dier makan sikit2..
die da lah gila..sampai kat kau..lagi gila dibuatnya

ko gelak je la pe bende kutukan orang sebigini
takyah nk layan sangat saiko tuh. orang cenggini takkan puas hati

kesimpulan..orang cenggini..biol!

sekian

24.8.10

memang bagus time puasa neh

memang bagus time puasa neh
makan tak banyak, tak letih (mengantok je)
kesabaran yang tinggi...
perbualan yang sedikit
sedikit kurang mengumpat
sedikit kurang sms
sedikit kurang keluar malam
sedikit malas mahu bersenam

sebut pasal makan tak banyak kerana masa ne je nak diet kaw2
sebut pasal kesabaran yang tinggi tuh sebab mangkuk sekor ne tak habes2 nak mengacau hidup aku
stok sumer mende ader salah kat mata dier. bukan dier tak taw aku pon berperasaan benci stok nak suruh dier bunuh diri
sebut pasal perbualan yang sedikit..bila malas nak layan sengal babi neh (carut lpas buka takper)
sedikit kurang mengumpat kerana lebih banyak dengar orang yg mengumpat (buat2 pekak supaya maintain pahala)
sedikit kurang sms kerana jarang orang ajak kua
sedikit kurang keluar malam kerana balik dah malam. t nak keluar pagi lak ke?

sedikit malas bersenam kerana kalo buat secara gigih pada siang hari bakal menjurus ke arah ketidak puasaan

kesimpulan : aku nak ckp pasal mangkuk sekor yang cam babi tuh (sila rujuk bila sebut pasal kesabaran). yang lain adalah selingan semata

sekian...

23.8.10

tau ke mengade2 tuh haper?

drama bazaar ramadhan


situasi


ibu sedang menjual laksa dan ayah siap berkemas-kemas kerana waktu sudah mau berbuka puasa
ketika itu juga 2 orang anak sedang sibuk mahu minum air soya yang telah die aim sejak pukul 2ptg td.


ibu : janganla minum dulu, orang tak buka dulu


anak : ala..bu..bukannya nak minum pon.orang letak straw kat mulut jer


ibu : jgnla mengada..sabar la


anak : ala..ibu tau ke mengada tuh ape?


ibu diam dan terus memasukkan laksa ke dalam plastik


anak tu tanye pulak kan kawan sebelah dier


anak : eh..mengader tuh hape ha?


kawan dier : macam nakal kot...


anak : ye ke?? ibu, kiter tak nakal pon. kita cuma nak minum jer
sambil memberi penjelasan kepada ibunya yang muke berkerut tahan karenah sengal anak sekor dier ne




dan kitorang berlalu pergi sambil gelak genguling ala-ala nak sepak dak tu sebab comey sgt memberi tekanan kt mak dia..

19.8.10

orang kampung memang tak pandai

sudah lapar, sudah malam dan sudah pon dlm perjalanan pulang ke rumah

settle parking, pegila kedai femes kat bawah umah tuh

amek mende yang boleh dimasak ke, makan ke dan ke kaunter pembayaran

sesudah membayar akak cashier tuh terkurang baki lak

kebetulan anak pompuan tokey kedai ader kat situ (umur 8 tahun)

membuat dialog "orang kampung memang tak pandai"

akak cashier terus bulatkan mata dan tanyer "abestu kamu dpd kampung ke tak?"

adek pompuan yang takut kene makan dek akak ne..hanyalah ketawa dan keluar 
mendapatkan mak dier

aku hanya gelengkan kepala dan ckp dak kecik ne leh tahan

da lapar sangat jd aku balik dengan penuh supan
kriokk--kriok--perut aku nyanyi

demm..saba leh..da nak sampai umah da ner..

10.8.10

bunyikan loceng peringatan seketika dan mungkin untuk selama

sebelum aku pasang niat puasa.
sebelum aku pikir nak sahur apa.
sebelum aku mengidam air kelapa
sebelum aku tinggalkan segala

aku kene ingat puasa ne bukan sebulan saja
aku kene ingat time ne la pahala berganda-ganda
aku kene ingat tak boleh mengata segala
aku kene ingat mata hanya untuk kerja

mungkin aku ne lemah
mungkin aku ne kurang tabah
mungkin aku ne kene kerah
mungkin aku ne harus dipapah

tapi aku yakin dengan kuasa TUHAN
aku yakin aku kene tetap iman
aku yakin kata-kata ini hanyalah manisan
aku yakin yang aku akan lebih sopan

ko jangan nak hasut aku
ko jangan nak gugat kedudukan aku
ko jangan nak suro amarah muncul selalu
ko jangan nak buat emo ala2 kiut gitu

maka aku sudah bersedia
maka aku lebih berupaya
maka aku dah tau sahur ne nak makan apa
yang paling penting
maka aku sudah tahu niat sebulan dan hari2 puasa

moga keberkatan ini aku terima selalu
dan aku akan lebih beringat2 untuk tahun baru


6.8.10

chopstick kidal

busan di rumah dan mahu keluar
maka segera menghantar sms kepada rerakan

setelah berjalan dengan penuh laju ( 20km sejam)
maka sampai ke destinasi
ko disitu..dap dup jantung berdebar...(penat lame tak jalan camtuh)

lepak dan buat lawak bodoh..selesai acara melepak gelak
melepak makan lak

jadi destinasi perut seterusnya di jalan alor dimana mee bebola itu sungguh menggugat nafsu serakah
sehingga chopstick yang dipegang dengan tangan kiri itu telah menjadi kidal juga
dalam erti kata lain terbalik...
dialog sahabat -- aku tau ko sedare aku tapi kot ko lapa takyah la makan pakai  chopstick terbalik (side yang dier patut pegang jadi tempat pengapit..hahahhaha)
gelak sampai pecah perut dan selamat boss kedai tuh tak ckp hey jangan gelak kuat2 sangat eh ne kedai makan bukan rumah (dialog boss aku biler aku gelak kuat kat opis)

ader--ader aku kesah ke?

len kali kiter pakai garpu la yerh..takder la konpius sangat..wawawwawawaw

bukan gambar sebenar


2.8.10

cupid

setelah menghabiskan masa berfikir untuk membalas entri jejaka alam maya yang telah menggelarkan diri beta bimbo fairy kerana gambar beta yang ader kepak kaler putih suci seperti beta jugak. beta telah pun memaksa idea ini untuk terus mara..haaaaaaaa

beta teringat zezaman beta chat tanpa henti memalam serta pepagi buta semata-mata mahu membuktikan yang beta hebat mengadap lappy dengan jayanya..tapi dier selaku cupid saiko..ok ayat kejam..cupid mungok (ader sedikit comel kan) mendorong untuk menaip dengan pantas dan men buzz senantiasa

(alunan lagu sheila on 7 berkumandang sambil membaca entri ini--wajib)

setelah beta baca entri tentang beta..beta lupa dah kemungkiran bet kamu yang beta usulkan
seperti yang kamu tahu, usul beta selalunya sebulan atau paling lambat 2 minggu sebelum tarikh segala mende yang berkenaan.

beta tak marah--tak pasrah apetah lagi karena kemungkiran kejanjian kamu hanyala 1 peratus daripada orang lain yang usulkan perjanjian dan meletakkan harapan setinggi bangunan klcc (dier orang malaysia)

beta nak letak gamba kamu yang tak baper nak nampak muker tapi setelah beta adalah puaka dan fairy dalam masa yang sama, beta rase kamu layak beta panggil evil/mungok cupid setelah kesengalan kamu melampaui tembok berlin dan juga sebab kamu sudah beta arahkan suro bekerja sampai sekarang panahan kamu hanya dalam alam maya (susah nak dating lat fb jer ne). tak pon alasan memanjang. orang suro carik kat kl kamu g carik kat kuantan..ne nak ader yang nak beta berkenan..(demand tinggi tak?hahahahha)

beta tengah tahan gelak masa beta tulis entri ne..evil cupid--level brader kureng 80 peratus..aduh..
mau kalau hellioz ke j.love ke wanie bacer ne..tergugat kedudukan carta paling brader di rompin kuantan.

jadi beta nak buat pantun gak

kurus, lurus, macem, mungok
feeling2 brader habis
guna hati untuk tengok
walau sikit macam iblis 

----sekian..tammat---