7.2.13

tepi jalan yang kaku

perjalanan itu takde lebih dari 20 min setiap masa
ikut keadaan, ikut kereta, ikut cuaca
panas terik, kaku, hujan, layu, mendung beku
manakan mungkin ko membuat posisi yang sama

pernah kau ini milik orang, aku bajet gadis rambut ikal mayang
kalau tak lurus kejung bang didahi
peluk buat tidur.buat jalan2.buat mcm baby
main masak2, main hi tea

secomel kau yang tepampar dlm tv, secomel kau yang dibuat iklan tradisi

adat manusia sepah dibuang.adat manusia lupa daratan.adat manusia buang
kau kene buang.kau mungkin terbuang.mungkin juga ko membuang
hah.kau bukan ade nyawa.pakai bateri pon belum tentu ko hidup lama

sekilas pandang di perjalanan.sekilas fikiran membeban
sekilas idea akan semua kemungkinan
masa ukuran tona warna.cukup hari mungkin kau sama warna dengan jalan

cukup itu saja. sepulangan aku mungkin kau tiada.
mungkin juga kau di proses semula
mungkin lagi esok hari ku ketemu kau di posisi sama

di situ.di lengkok itu.di masa laluan itu
di tepi jalan yang kaku 





6.2.13

kejadian saka jam 4 pagi

bile aktiviti bersenam bukan waktu bekerja 
bukan lepas waktu bekerja dan juga bukan waktu untuk melelapkan mata
sekalian saka ini juga yang melalui kejadian demikian
masuk kali kedua
memang nasib saka demikian bersama haiwan peliharaan besi

sepulangnya saka dari mlm yang membuat mereka berpeluh
kejadian ini di tanah tumpah minyak haiwan peliharaan jauh di selatan
berhenti seketika membeli minuman putih
lalu pula seorang mangkuk hayun menaiki motosikal capuk
mata merah.saka syak beliau mengambil dadah berlebihan

menunggang dengan penuh berhemah dibelakang haiwan besi itu
sesambil usha saka2. wa korek bijik mate lu kang
sengajalah saka membawa perlahan.amek corner doh
terlepaslah penunggang demikian.harapan
ade lagi beliau mengekori di belakang.wa drive masuk rumah mayat kang
sebelah je ne

saka tidaklah seram.kerana bile panik boleh je terlanggar dan berkata oops ala bimbo
berhentilah di rumah agam sederhana si satu taman ini.
elok je berhenti.tidak pulak beliau mengekori sampai depan uma
tangan da prepare nk tekan no kecemasan

berambuslah beliau pergi. selang 3 min.masih meronda kot saka demikian tipu.
ko stalker yang celake
saka memandu kembali ke rumah tanpa lampu dgn harapan mencapai plan yang disebutkan tadi
tidak berjaya..jadi nyawa moto beliau selamat
pulang, mandi, tido. esok baru gosip.

kejadian terbaru saka semasa bersenam
sepulangan saka demikian adalah sekawan bebudak baru nk up mengacau dr dlm keta
terus berlalu tanpa di layan
tidaklah ape terjadi kepada sekumpulan manusia rakus ne
menyelusuri jalan segambut yang tenang
haiwan diberhentikan dgn unggas nama kancil
cara suh berenti ala polis.senget di tgh jalan

nasib brek pump da tuka bang.kene langgar aku wat deng je ah
sape suh ko demikian
keluar ala gangster menanyakan soalan ala pesalah laku dlm penjara
takde uniform.takde plat no keta
lu sape siak wa tanye.die tunjuk ID.
org macam2
terus die tanye.korang yg keluar club tadi kan.ade keta hitam follow?
ye kottt? mane nk tau doh.jln bkn bapak aku nye seraya hati mencarut.
setelah bertanyakan nk pegi mana.nk balik mana.td pegi mana
aku syak mereka ne ingat aku tokan dadah

setelah cek pengenalan saka demikian.disuruh kami pulang dan berhati-hati
bukan saka ngurat budak2 tuh
haish. balik mkn megy seround.limau
bgn pagi dgn penuh tenaga

*kesimpulan. ~~ mane2 adik2 nk g bersenam lepas dari waktu tido, sila bawak bouncer sebesar 4x4. sekian


11.12.12

bunga matahari pink

sesejuk nye mase sekarang ngan hujan tanpa henti sekitar khatulistiwa dan gegaran sejengkal lagi smpi ke negara terindah

aku dan kehidupan kelam takdela nk amek pusing.
the world is gonna end anyhow
bile? esok?
bekal tak baper nk cukup pon

perkara di atas takde relevan ngan tajuk skang ne.ok..transform

hik..hik..*kedip mate lelaju

manusia tinggi besar ne mcm penah nmpk detik hati
biarkan je la perasaan
tempat kelap kelip. u can be anyone u want.ppl wont question u

sehingga bertukar no tepon dan interview yg cukup panjang
dunia ne kecik je kan encek??

byk pulak persamaan.ke kebetulan.ke aku yang perasan

member da mula perasan aura pelangi atas kepala
ko ne sesuatu harini
senyum ko penuh makna
dark ages is gone aint it?

saat ini aku berimaginasi aku berlari di tengah padang waktu petang sedang elok dan bunga matahari pink akibat sentuhan menggila aku..bajet hindustan dan juga muvy
imaginasi agak terabur

pe pe pe pe pe pe pon.

kegembiraan semoga kekal di pelusuk jiwa

sekian

2.10.12

siri malang haiwan peliharaan besi

selama 2 tahun aku membela beliau.
kejap gemok kejap kurus
kejap berisi.kejap kosong.
kejap kotor.kejap cantek

sehingga pada satu hari hujan lebat turun bukit
haiwan aku secara jujurnye telah mencederakan haiwan lain
yah.haiwan demikian agak parah la.masuk spital dua bulan
bontot ngan muka agak tidak dpt dikenali

haiwan aku hampir nazak.dan terpaksa masuk ambulance
nazak ape.memang pengsan terus.nasib tak mati
oh tuhan..
sebulan terlantar di spital haiwan.kurus poket tuan empunya

itu cerita tahun pertama
ini cerita tahun kedua

seskemanya pemilik haiwan ini mematuhi undang2 peliharaan haiwan besi demikian
ade juga makhluk cetek akal wujud.
dari jauh bising larian haiwan demikian dpt didengari
doa haiwan aku selamat dr mala petaka
oh...tidak berjaya
haiwan aku cedera parah kali ini dengan penuh senyuman genangan air mata diberi
haiwan yg mencederakannya lari lintang pukang melihat tuan empunya naik darah
maka lawatlah haiwan peliharaan ke hospital
doktor yg melawat geleng kepala
ne...agenda setiap tahun ke pe
ohhhhh

kasi panas ini doktor
skang ne wa yg panas.lu makan spanar t kang
ok.tarik napas.
sila tenangkan diri
tidakla haiwan itu selamat hidup di hutan konkrit ne
sedangkan sepandai tupai melompat jatuh ke tanah
ape lagi haiwan yg lari tuh
masuk gaung la gamaknye

sekian.

4.9.12

pelan jalan ke hati dia - episod ke longkang

(sambungan episod persimpangan dilema)

err...hi miss..do u hear me?

err..haaa...hummer kau ne kilat sangat nk nampak muke kau berkilau
ke muke aku berminyak.oh god demm

sambil libas rambut ala jolie. aku ckpla aku nk ke sane.ye ke sane.sane tu mane? memane la der..

memane la der?? hahahhaha... gelak besar lak mamat neh

mane ade memane la der..jwb die. eh boleh berbahasa melayu sambil pelat omputih kau

so.....?? so apelah kau ne..aku da mula nk mengamuk la..da la panas.aku da tatau jln ko byk tanye.aku debik kau kang.sambil ckp ala rapper.

ok2 i tell u what, hop on on this car of mine.i take you wherever u want.FOC.
ye ke FOC silap2 ko yg kene kasi diri ku FOC. yes aku da mula bermonolog dalaman ngan sesetan demikian dalam pale otak ini.ala tapi kan die bawak hummer.ala tapi kan mane ade free lunch dlm dunia ne

Hi..my name is Matt and you are?....sambil mengambil tgn aku utk bersalaman. mase ini aku da masuk da dlm keta tu sambil beristighfar panjang dan berdoa keta ne ada emergency exit.

I'm E... senyum sengih aku secukup tak ikhlas.masih lagi memikirkan mane mangkuk tu tak muncul pastu biarkan aku kt persimpangan dilema yang cukup mendilemakan.
sepanjang perjalanan aku melayanla die berbual sambil senyum.berckp tidak.
die punyela eksited berbual smpi traffic light sume pon langgar

sampai la satu tahap..aku kene masuk campur
u,,,u..watch out...aku da pk mati je..lori depan da berenti die ne laju sesuka 
jantung degup kencang,serious rasa jantung je ne.yg lain aku tak rasa
nk jerit ala gadis ke tanak ne..

memusingla beliau dan hummernye ke tepi..lepas 5 saat yg terasa mcm 5 jam itu..keta tu berenti..
tayar da masuk dlm longkang besar tepi jalan'
nasib longkang dan bukan gaung
longkang ape tepi jalan ne.ah...itu je la longkang yg tak tertutup 
waaaaaaaa...mase ne aku da tutup muke..

muke carik mkn.bahayala kan..
aku toleh ke mamat tuh ......

bersambung.......