22.3.11

kisah pepatung dan tuan dinosaur

sayu je malam tuh..


hujan kat luar, tgk berita japan kene tsunami dan libya kene serang
tuan dinosaur menggeleng kepala
hatinya sedih lantas ditutup dan dibuka pula permainan ps2 kesayangan beliau
game yang tak lain dan tak bukan..main tembak2..


tiba2 terdengar bunyik2 di atas
bila melihat pepatung oren sedang berterbangan hendak lari dari cicak hitam durjana
tuan dinosaur menghalau cicak itu dengan jayanya dan mengambil pepatung itu dan di letakkan di paha
hajat di hati hendak lepaskan keluar tingkap tapi ia tidak mahu terbang


tuan dinosaur takut pepatung itu terpijak mati olehnya..lantas meletakkan di atas froggy kenit dan disandarkan disebelah tingkap


bila pagi menjelma, tuan dinosaur melihat pepatung itu sudah tiada


mungkin ia bebas berterbangan
mungkin ia sudah dibaham cicak durjana
mungkin ia mati dihempap tuan dinosaur ketika gaya kuak lentang tidurnya 


sehingga kini bangkai masih belum dijumpai
dan tuan dinosaur sudah pun meredhakan pemergiannya 

No comments:

Post a Comment

Love me.hate me.write me.