19.11.09

wanita melayu sikit akhir

kebaya hitam, kain batik biru
ala bsn katernyer--cantik jer
baju rasmi kerja.masa majlis makan malam.
susah apa kan.pakai jer.

rambut mahu disanggul.takut nampak ala nenek kebayan perasan nak lawa aje
disepit kesebelah kiri.sepit kupu-kupu hitam

dirias dengan anting2 panjang.bentuk daun.silver
kalau disuluh dengan laser boleh menerangi dewan gelap

kasut tinggi 2 inci.hitam.separa tutup di hadapan
sakit.pakai jer.nk glamer
huhu..sangat

muka dibedakkan maybelline
mata dicelakkan elianto ala2 saloma
diwarnakan ungu samar
pipi merah jambu.masih cengkung
bibir berkilat.kalau bercakap muncung nak lebey

wangian ange au demon
menutupi bau masam peluh berlari sepanjang hari

cukup manis bagi yang tidak mengenali diri
boleh muntah kalau tak pernah nampak dan kenal perangai sebenar

misi menjadi wanita melayu sikit akhir
untuk sikit masa selama acara
disudahi dengan pujian berbakul
bawak balik simpan dalam bilik air

agak bila jadi wanita melayu terakhir pulak

No comments:

Post a Comment

Love me.hate me.write me.