5.9.11

Drama Raya tahun ini

al kisah di sebuah rumah keluarga bahagia....


keluarga ini baru pulang beraya di kampung halaman...
kelaparan melanda perut yang sudah pun membuak dek bedal rendang selam 3 hari 3 malam tanpa henti

maka masakla maknya ini nugget ayam untuk diratah sambil menonton dvd yg bru di borong

bapaknya pulak dalam bilik mengemas baju2 semua..kerana kekemasan bilik itu penting..

anak2 di ruang tamu bermain kejar - kejar dan tetiba..si adik menjerit

adik sudah terbaring di atas lantai dan abang berada diatas meja memandang adik

tiada darah yang perlu dibimbangkan

tapi bila adik bangun dan jalan terjengket - jengket..bapaknya mula naik angin..

dipanggilnya abang dan disoal siasat macam polis ngan penjenayah..

adik dibawa kedalam bilik..duduk diam lesu..

bila abang mahu masuk melawat adiknya..bapaknya yang garang tuh membedal abang..nasib bek tak patah kaki

adik yang risaukan abangnya..keluar menjenguk tetapi dimarahi bapak dan masuk semula ke dalam bilik

maknya..masih lagi menggoreng nugget sebab takot hangus

setelah 5 minit, abang lepak kat ruang tamu dengan dendam kesumat kat bapak die..gigit kang baru tau..

sedang bapak die dalam bilik air, adik keluar dan menjenguk abang..abang pon membebel la dengan bahasa hanya diorang je paham..

maka dibiarkan je mereka berdua itu melepak diluar sedang mak dan bapak mengunyah nugget sambil menonton movie..

tak lama kemudian..dengar lagi bunyi bising di ruang tamu..maka jenguklah si bapak ke luar
rupanya si adik da mule bermain.. tiada lagi kaki yang jengket2 tuh..dan abang melihat dari jauh seraya menyampah..maka si bapak ambillah abang, peluk dan kasi tidur atas katil..

si adik tgk dan sambung bermain..

sekian..

barisan pelakon

mak yg goreng nugget : Diva rambut
bapak yg garang : Hero Pool malaya
abang : kucing nama Coco
adik : kucing nama Bubu

*kisah benar*




No comments:

Post a Comment

Love me.hate me.write me.