23.12.09

mode : jiwang

hujan akhirnya berhenti
mengidamkan roti pisang dan milo tarik
mesej sahabat dan segera ke kedai mamak terdekat

keluar kereta dan dongak ke langit..
nampak bintang cerah menemani bulan yang sembunyi di sebalik awan mendung
ko je lah enterprame kate bulan

teringat ko yang buat aku menari tanpa henti
ketawa tanpa nafas
menyanyi keriangan tanpa mengira masa
padah suka tanpa batas
mencarut tanpa melihat sesiapa
pegangan prinsip kuat dengan hati yang halus
menangis kala gembira

senyum sendiri..

teringat pulak kat kau yang senantiasa disisi
menjadi bodyguard berjaya
teman bercerita
bergaduh dan mengadu nasib
drama swasta melayu tv2
sesi makan tengah malam
tido pagi ngigau tengah hari
mandi bile perlu

gelak genguling

pandang bintang lagi

ingat pada ko yang sibuk menjadi orang yang berjaya
memerlukan peringatan untuk berhubung
syarikat telekomunikasi boleh muflis dengan adanya pelanggan camni
biarkan saja cita2 melangit ko yang dikejar itu
aku hanya duduk di tepi memberi jalan

tunduk

perjalanan balik yang sejuk
aircond kuat sangat

duduk diluar mengambil oksigen percuma
melayan kucing manja

kene masuk ne..tido..sok kije
bagi ciuman terbang ke bintang dan suruh die agih2kan ciuman ikut dalam list yang diberi




No comments:

Post a Comment

Love me.hate me.write me.