20.12.09

masa bila aku penat

meluahkan tekanan dengan menjerit
meluahkan ngantuk dengan mata pejam
meluahkan amarah dengan asap kepul membakar peparu
meluahkan perasaan dengan menulis
meluahkan benci dengan memandu laju

menelan maki dengan senyum kambing
menelan kecewa dengan makian
menelan rindu dengan titipan mesej

hanya bila aku penat menulis perasaan dalam jiwa yang sukar di bayangkan
kalau ada projektor boleh pamerkan apa yang tersirat.mesti tak keluar gamba
keluar kata-kata saja
banyak.ejaan salah.bercampur bahasa dan tak kurang juga font dan saiz yang berbeza.

bila masa aku penat dan suka menulis
bila masa aku menghadap laptop kesayangan
bila masa aku telepon orang dalam kereta ke majlis perkahwinan pakai no opis
bila masa aku menjadi robot dan bekerja setiap masa
bila masa aku menulis bukan untuk komplen
bila masa aku mahu berhenti

bila aku rasa...bila hati dan minda sedia untuk berbicara

No comments:

Post a Comment

Love me.hate me.write me.