3.11.09

saya.rakyat yang mematuhi undang-undang

saya..rakyat yang mematuhi undang-undang sehinggalah saya berjumpa dier...
kami berjumpa di satu tempat gelap
saya duduk diatas kerusi empuk bernombor.kaler merah
kene buat phone in silent mode
kalau tak nanti ader pesanan pihak penaja

melihat dier, sudah beristeri, dan mempunyai seorang anak kecil
datang si pencuri memukul, merompak dan membunuh anak dan isteri
membawa kes ke mahkamah akan tetapi pembunuh hanya dipenjarakan selama 3 tahun
hasil usaha peguam yang juga seorang penyanyi dan pelawak berkulit gelap di kehidupan lainnya

setelah 10 tahun..
dier..kembali
merancang untuk menghapuskan korupsi dan kepincangan undang2 untuk mendapatkan keadilan
dier..seorang pereka yang genius.perancang yang teliti dan kelakar.tak lupa juga mempunyai badan yang hot
dier bunuh pembunuh keluarga dengan memotong ke beberapa bahagian

masuk penjara

mintak tilam sebagai ganti untuk pengakuan membunuh
mintak makanan juga sebagai ganti untuk mencari peguam bela pembunuh keluarganya

setelah itu hakim yang menjatuhkan hukuman, mati akibat hp meletop di kepala

aku terdiam.mencarut seketika.

peguam lain di firma juga mati dalam kereta yang diletupkan

semuanya dirancang.aku kagum.kaget.dan terpesona.

untuk menghapuskan sistem yang korup.dier harus hapuskan orang yang dibelakang sistem yang korup

akhirnya sedar.peguam itu sedar.bahawa perancangan dier juga mempunyai kepincangan dan akur kepada takdir.

peguam itu hidup dengan aman di akhir perjumpaan.

dier.hilang ditelan api membara

aku hanya mampu mengangguk setuju.berjabat tangan dengan peguam mengucapkan syabas.dan meletakkan bunga di pusara dier.

No comments:

Post a Comment

Love me.hate me.write me.