9.11.09

poligami polisyester

ohhh...berkata tentang poligami
memang topik sensitif
setiap orang mempunyai pandangan mereka sendiri
entri kali ini tidak ada kene mengena dengan cerekarama yang baru ditayangkan yer

dalam perjalanan balik ke rumah bersama wanita rempit

isu ini dibangkitkan
bukan isu la
lebih kepada perbualan sebenarnya..dengan jejaka usus panjang(panggilan wanita rempit kepada jejaka itu)

wanita rempit seorang yang tidak kisah akan poligami kerana katanya
kalau lelaki nak ader bini lain, mungkin ader sumthin yang tak kene dengan bini sekarang
dan memang lelaki ne jenisnya macam ituh..cinta bukan untuk seorang dan alasan banyak.

adil

jejaka usus panjang pulak cakap.bukan poligami itu yang menjadi isu tetapi kesanggupan seorang perempuan untuk menolak nafsunya ingin seorang sahaja suami demi hukum kerana itu yang termaktub di dalam kitab suci.

adil juga

panjang jugak perbualan itu sebenarnya..separuh masa perlawanan bola sepak
nasib bek takder penalti
ohohoho

sayer yang tukang dengar.dengan penuh minat mendengar lagi
kalau hendak dicoretkan disini segala perbualan
boleh buat topik lain bagi forum wanita kebangsaan dan topik research untuk paper munakahat
(orang johor kene tau neh)

saya feminist
saya percaya kepada keadilan hak kepada semua wanita
tetapi tidak menolak hukum.kerana kalau seorang itu tidak mampu.wajib menikahi satu sahaja
konsep mampu dan penyalahgunaan hukum yang saya percaya banyak dimanipulasikan

redha bukan satu pilihan.sayang bukan alasan kukuh
banyak orang mati sebab alasan tu

berita menggembirakan tentang poligami hanya 10 peratus drpd populasi

mengendalikan bini sampai 4 bukan mudah
semuanya tentang pengurusan
lelaki bukan handal di bahagian itu

perempuan kalau diberi peluang menguruskan lebih dari 1 suami
alamatnya..anda bekerja secara redha jer untuk kami yer

akhirnya mereka berstuju ngan statement

lelaki ..sesetan atau sejahat2 mana pon mahukan perempuan yang baik dan solehah
taste memasing

perempuan pon..mahukan lelaki yang baik dan membimbing ke jalan kebenaran

kesimpulan
kepada yang susah dapat gf/bf
peluang anda sangatlah cerah bagaikan cahaya matahari di kala 1 inci dpd kepala
risaukan anda mungkin dapat gf/bf penyangak jer











No comments:

Post a Comment

Love me.hate me.write me.