9.7.10

kisah tuan puteri gemok

tersebut di negeri tepi laut yang indah lagi permai
duduk seorang tuan puteri
walaupon gemok tapi sumer orang suker dier...dier telah menjadikan cerita manja lara sebagai cerita drama terbaik malaysia walaupun dier tidak segemok itu


tuan puteri ini bukan sahaja gemok tetapi dikurniakan otak yang boleh dipakai
dengan kata lain dier bijak
tuan puteri ini suker berjalan-jalan
lagi jauh..lagi la dier suka


yang tak suka nya bonda permaisuri
beliau sering risau..gundah gelana dengan perihal anakandanyer itu
suker sangat duk negeri orang..sekali dier pulang itupun setelah dipaksa, tuan puteri berbicara dalam bahasa lain...
bonda sudah tepuk dahi
(apesal ayat aku tunggang terbalik ner)


tuan puteri telah menyampaikan cerita kepada sumer rakyat bahawa tuan puteri akan meninggalkan tempat tinggal untuk 6 purnama demi menjadi lebih bijak dari biase..selain daripada ingin melawat segala haiwan yang ada di negara itu.


bonda permaisuri tepuk dahi lagi


di hari keberangkatan tuan puteri, maka turunlah segala rakyat mengucapkan selamat jalan
tak lupa yang pesan pakwe ensem dan baju berjenama


bonda permaisuri merelakan pemergian dengan memberi baju raya stok awal 2 bulan


setelah sesi tangis menangis dan peluk tak mau lepas...tuan puteri masuk ke balai perlepasan


dan bonda permaisuri pulang dengan harapan tuan puteri gemok tak memberi berita mau terus tinggal di sana..


SEKIAN

2 comments:

  1. saya harap tuan puteri tak lupa bawak balik kanggaroo..dan bonda permaisuri pulak x akan sesat..ya,itula wish sy sempena bulan rejab ni..

    ReplyDelete
  2. bonda permaisuri da hantar bodyguard...shhhhh

    ReplyDelete

Love me.hate me.write me.