16.4.10

mesin mulut mahal

menjejakkan kaki ke dalam tempat penuh dengan ribuan orang
pengumpulan manusia yang ingin memakai kereta sukan--i mean kereta mewah
ahaaaa--sekali dengan kehidupan yang lebih sempurna (jangan tanya definisi)


cara senang--modal kata-kata
sangat kagum dengan cara menggunakan pelbagai kaedah persuade
kalau aku boleh amek paper ner dan buat research..terus amek master ah
takyah keje--eh..tak buleh
haiwan peliharaan besi nyer maintenance tiap2 bulan


ah..dengan usus yang menari kelaparan
melayan perasaan emo tak dapat makanan
lagu yang kuat, wanita duk belakang yang penuh perasaan tatkala berkata
laungkan segala menda dengan penuh semangat
aku dalam hati memang nak sepak ko dengan penuh semangat jugak


tak sempat nak tengok muke tapi dalam kerlingan dan jelingan penuh perasaan mau sepak tuh tengok ko takde la lawa mana
nasib baik--kot lawa sepak terus bg ko sedar diri
nak jugak jerit2 carik perhatian..dah cantek kot..


setelah itu..majlis yang disediakan untuk ribuan orang..
snacks pon takder
stok buat kat tempat agak mahal


--ko ne event beriban takkan makan pon takdak--


soalan sentap bg organiser dan aku champion kebencian orang ramai
gelak jahat hembus nafas naga


bila selesai majlis dan ke kedai makan
juga penuh dengan spesis cakap kuat2
oh..semak..pale takleh register langsung lawak haram


makanan nasib bek A walaupon servis C
udang dan sotong yang besar orang telah membuat usus menari keramaian kenyang
setelah itu--mereka memulakan taktik mengayat dan bukan niat untuk menyakiti kamu orang bersusah payah ingin memakai kereta mewah


aku tidak berminat--aku percaya pada keupayaan aku sendiri dan aku mungkin tidak perlu satu persatuan atau kelab untuk tolong aku untuk mencapai kekayaan


aku bukan bodoh..sombong lagi la tidak
kerja dengan kerajaan pon bukan dalam senarai menda yang aku kena buat sebelum mati 
ape lagi join kamu dan berfikir alangkah indahnya setiap hari bangun dan fikir hendak shopping di mana harini
dan mungkin juga aku dibesarkan dengan budaya..setiap hari bangun dan fikir harini nak makan apa


jenama segala perkara sangatlah perkara biasa
antara ko fanatik atau aku yang da biase dengan harga segala perkara tidak lebih angka 10


satu aku bisa kata--kalau senangnya ko dengan segala menda material
kenape aku tak nampak kelab ko ner menyumbang material kepada manusia yang hidup dalam kotak?



1 comment:

Love me.hate me.write me.