11.4.13

bunian konkrit

Putera sulung itu berjalan tanpa arah dlm hutan kelam 
cahaya bulan mengambang sahaja yang ada.
kiri kanan depan belakang semua nampak sama
sama ada dia bergerak atau bulan itu meninggalkan malam
langkah perlahan, takut terpijak mende yg bukan2
ape lagi terlanggar.

dudukla putera di kayu mati
memikirkan arah utama jalan keluar
di bawah sinaran bulan 
kelibat seorang gadis dihadapannya
tak cerah..warna2 org brazil
masakan die tau.bawah cahaya bulan.
bukan cerah mane pon

kompem gadis ke pondan larik masuk hutan sebab JAIS kejar?
pergelutan dalaman mula menguasai diri..mahu terus sesat? mahu tanya arah?
putera tidaklah berapa yakin
semoga kekentalan jantan masih lagi menapak di diri

jalan secara tidak yakin ke arah makhluk yang die nampak itu
berdirinya takderla sopan mane
senyuman pon tak nampak.takde gigi barangkali
di keluarkan jua kekentalan diri
mulut bergetar.tp masih mahu menyelamatkan diri
aku tahu ape tujuanmu kata gadis
putera kaget.apekah dikau ini ahli nujum?bomoh?nenek kebayan dtg menurun?
tanya beliau. gadis hanya senyum dan mengambil tangan putera
mcm org kene guna2.putera ikot je
perbualan mengenai kehidupan putera dikongsi bersama gadis
gadis mengangguk dan terus tersenyum

bunyik org mengilai kedengaran.langkah terhenti.lamunan termati
si putera cuba melindungi gadis
sedar tak sedar hutan tu kawasan jajahan si gadis
gadis sudah pon ader bodyguard standby
tunggu signal jer

makin lama, makin dekat suara tuh. nampaknye tidak
makhluk durjana apekah ini
sikit2 mencuit si putera. kaget lagi si dia ne
cepat panik sungguh
sehingga bunyi itu terhenti dan terpandanglah si putera ke arah makhluk durjana
dasar ilmu hitam. si putera telah disihirkan.kene cuit je pon leh kene sihir
ilmu batin tak kuat.harapan menipis. 

tangan masih belum dilepaskan.bodyguard ala ninja sedang menunggu signal
si gadis hanya senyum. sang putera menolak perlahan tangan si gadis
hanya kerana si gadis tak guna power. main kotor betina ne.bisik hati si gadis
maka dibiarkan sahaja si putera pergi.
dalam diam diselitkan rantai hati beliau di tgn sang putera
loket yang mempunyai penawar sihir si betina mengilai itu

bunyik burung mengejutkan sang putera
apekah yg berlaku di hutan kelam 
semuanya macam mimpi
mimpi apa kalau aku masih disini bisik hati sang putera

dalam mamai mencari jawapan, di tgn ada loket peninggalan si gadis
huh.sape punye ne. apa kegunaannya ne
belek sang putera.tidak lagi pasti.disematkan loket itu ke dlam pakaian beliau
bangun dan mahu bergerak lagi
apekah kalau aku tunggu malam. aku akan jumpe si gadis ini lagi?

di hujung sana.si gadis hanya memerhati dan menyuruh bodyguard ninja beliau membantu apa yg patut
gadis menuju kembali ke tempat bersemayam.
semoga sang putera tidaklah sesat lagi

sekian