18.2.11

melankolik tak sempurna

tak sempurnanya mata bila asyik nk tengok fb mase ngah keje
jeling bila marah, tak tengok bila benci


tak sempurnanya telinga..bila dengar kata orang dan bukan diri sendiri
bila dengar semua yang orang kata dan tak percaya hati


tak sempurnanya mulut bila berbicara secara lucifer..maki hamun makan jiwa
sebut benda yang tak guna nyanyi lagu yang keluar tunenya


tak sempurnanya tangan bila memukul orang, menaip blog kutuk mengutuk
klik pada button unlike, tidak memegang erat pada janji


tidak sempurnya kaki bila menendang pintu tatkala marah, berjalan dengan laju dan meninggalkan masalah yang belum selesai


tidak sempurnanya hati bila ade dendam, hasad dengki dan keadaan negatip
tak tetap dan tidak mencari jalan keluar


tidak sempurnanya otak bila fikir menda yang tak sepatutnya, bagi signal salah kat organ perut sebab da kenyang tapi makan gak. tak berfungsi bila amat memerlukan dan berfungsi penuh ketika tidur.


tak sempurna aku menaip blog ala melankolik dan kurang unsur makian hamunan setelah sekian lama
tak sempurna perangai kalau kaver cun je memanjang
tak sempurna kalau aku biar semua dan buat bodoh je


tak sempurna aku ne..tak sempurna jugak kalo living in denial


sekian

6.2.11

pakcik teksi merajuk

kemamaian yang dasat pada satu ketika sabtu yg besh setelah penat mengumpul angpow...
balik dengan harapan untuk tidur stail kuak lentang..
naik teksi dan menahan ngantuk 
melayan perasaan ketika merindui encik cinta hati


dan bila sampai 
bayaran mengikut meter... RM5.40
dah bagi RM 5..mencari syiling dengan penuh sungguh2


tiba-tiba pakcik tuh ckp..."ne duit singapore"
telan air liur mamai dan mahu memberi duit malaysia
ayat sentap jap --- :takyahlah..turun je pastu balik"


oh..pakcik merajuk dengan duit singapore saya
maaf..lain kali saya akan lebih berhati-hati
semoga tak jumpe orang cam saya lagi


selepas sedar dari mamai...gelak guling2....
gaahahahahahhaha